Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin hari ini.

Beliau melalui laman Facebook miliknya menyatakan rasa yakin terhadap Hasan untuk memberi khidmat kepada rakyat Rompin.

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Walaupun majoriti kurang berbanding PRU-13 yang lalu, Barisan Nasional akan mengambil ini sebagai satu iltizam.

“Saya yakin Datuk Hasan Arifin akan berkhidmat dengan cemerlang untuk terus membawa kemajuan dan pembangunan di Rompin. Hidup Barisan Nasional!” katanya.

Datuk Hasan Arifin sah bergelar Ahli Parlimen Rompin yang baru menewaskan calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, hari ini. – Foto Najibrazak.com

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share