Pak Lah tak meninggal dunia

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6/17/2021 10:02:00 PTG

Pejabat Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan maklumat tular yang mendakwa bekas perdana menteri kelima itu meninggal dunia pagi tadi.


Menurut kenyataan pejabat itu, Abdullah atau lebih mesra dipanggil “Pak Lah”, berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga.

“Pejabat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu. Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” demikian menurut kenyataan itu.

Dakwaan mengenai Abdullah meninggal dunia itu dipercayai dimuat naik seorang individu menerusi media sosial hari ini dan kemudian tular.


-Bernama