Najib lega Ziana jelas tuduhan skandal

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4/06/2021 07:24:00 PTG

Susulan pelakon sensasi Ziana Zain membuka mulut mengenai gosip yang pernah melanda dirinya sekitar pertengahan tahun 1990an, hari ini bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak secara tiba-tiba meluahkan rasa ‘lega’.

Ini kerana kenyataan Ziana Zain yang dianggap telah menjawab tohmahan yang mengaitkan dirinya dengan skandal penyanyi berkenaan.

Najib dalam postingnya di facebook turut berkongsi keratan laporan kenyataan Ziana Zin dan keratan kenyataan sebuah blog berhubung tohmahan itu.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.

“Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia.

“Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu?”tulis Najib.

Menurut Najib, ketika gosip itu melanda ramai yang memberi komen tetapi yang ditinggalkan menggunakan akaun palsu di dalam forum internet.

Menurut Ziana dalam temubual ekslusif bersama Awani, beliau tidak pernah terfikir tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya menjadi satu penghalang untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar. Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!”kata Ziana.

Bagaimanapun dalam temubual itu, Ziana Zain tidak menyebut mana-mana VIP termasuklah nama Najib.

Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.

Dalam pada itu, Najib turut membuat naik artikel portal berita propembangkang yang menuduhnya pernah ditangkap khalwat dengan artis berkenaan.