Wanita mati dijerut

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/08/2021 06:18:00 PTG
Wanita ditemui mati dengan kesan jerut di leher di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang. - Foto myMetro

Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 jam 9 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, hasil pemeriksaan awal pada mayat mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher.

"Mayat dipercayai mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat dimint tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana- mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.