Hadi Awang selesai terima vaksin Covid-19

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/14/2021 01:24:00 PTG
Hadi Awang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Utusan/Puqtra Hairry Rosli

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 74, hari ini menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas disuntik ketua jururawat, Raziah Hanim Mamat kira-kira pukul 10.11 pagi.

Abdul Hadi Awang eliau antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 96, di samping isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, 95, yang menerikma suntikan vaksin di Langkawi, tempohari.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, prosedur vaksinasi Covid-19 yang dijalani hari ini sama seperti rutinnya mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya sudah biasa setiap dua minggu sekali ke hospital, jadi proses yang dilakukan tadi macam biasa.

“Mendapatkan suntikan Covid-19 adalah antara ikhtiar kita selain bertawakal kepada Allah dan usaha untuk mencegah sebelum sakit itu sangat penting,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.