“Gambar mengatakan saya berkahwin adalah benar" - Elizabeth Tan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/22/2021 03:47:00 PG
Foto Elizabeth Tan mengahwini pasangannya, seorang ahli perniagaaan seperti yang tular di media sosial.

Penyanyi Elizabeth Tan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis tertutup di Gombak, pagi semalam.

Sebelum ini, heboh tentang perkahwinanya di media sosial sejak pagi tadi, Elizabeth, 28, meminta maaf kerana tidak memberitahu media dan umum, lapor Harian Metro.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya dipetik Harian Metro.

Penyanyi lagu Knock Knock itu menjelaskan tujuannya menyembunyikan berita itu kerana menganggap ia hal peribadi, dan awalnya merancang untuk mengumumkannya pada masa yang sesuai.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” katanya.

Projek MM melaporkan pagi tadi tular beberapa foto Elizabeth berpakaian pengantin bersama seorang lelaki berdiri di depan paderi seperti sedang mengikat ikrar perkahwinan.

Foto sama turut dimuat naik bapanya David Tan Suan Chew di media sosial.