Exco Umno minta maaf isu Hadi tak ikut Muhyiddin ke Timur Tengah

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3/11/2021 08:51:00 PG
Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin mengakui terkilan dan marah dengan kenyataan Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin. - Foto Sinar Harian

Ia susulan kenyataan Shahrul Nasrun di Facebooknya yang mempersoalkan Abdul Hadi tidak menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi, sedangkan dia adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Justeru, Khairil Nizam menuntut Shahrul Nasrun memohon maaf secara terbuka dan jika tidak pihaknya akan ke pejabat Pemuda Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

"Ya saya terkilan dan marah. Dalam bulan Rejab yang penuh dengan barokah ini. Pagi petang, siang malam, setiap hari, kita bincang dan usahakan untuk perkasakan perpaduan ummah.

“Tiba-tiba ada exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia jadi batu api. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Kita minta pernohonan maaf secara terbuka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Hantaran Shahrul Nasrun itu mendapat teguran dan kritikan pemimpin Pemuda PAS.

Shahrul Nasrun kemudiannya mendakwa kenyataannya sekadar menyakat presiden PAS itu.

Dia kemudiannya memohon maaf dan memandam hantaran berhubung perkara itu di media sosial.

Khairil Nizam yang juga ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, pihaknya telah menyampaikan perkara itu Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dan naib ketuanya, Shahril Hamdan.

“Kalau tak jalan juga, saya akan datang ke pejabat Pemuda Umno Malaysia di PWTC,” tegasnya.

Malaysiakini melaporkan dalam kenyataan susulan Shahrul Nasrun meminta maaf jika hantaran tersebut menyebabkan salah sangka.

Malah katanya dia tidak ada niat membuat PAS berasa marah. 

"Saya cuba bertanya. Bagi saya tidak wajar sama sekali duta khas bertaraf menteri tidak dibawa bersama.

"Sekiranya menteri luar negeri hadir sama, sepatutnya PM juga wajar untuk membawa duta khas bertaraf menteri untuk ikut serta," katanya di Facebook.

Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin - Foto FMT

Untuk rekod, Muhyiddin pernah mengakui Hadi adalah Ahli Parlimen pertama yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang adalah Ahli Parlimen pertama yang menandatangani deklarasi berkanun (SD) yang menyokong Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kelapan.

Perkara ini dinyatakan oleh Muhyiddin sendiri dalam ucapannya di Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pada September, 2020

Muhyiddin berkata, tindakan Hadi yang mendorong Ahli Parlimen PN yang lain melakukan perkara yang sama semasa pertemuan individu mereka dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara Februari tahun yang sama.