Polis buru kereta lawan arus di lebuh raya Butterworth

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/28/2021 10:35:00 PTG
Klip video yang dikongsi dalam talian menunjukkan sebuah SUV dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya Butterworth.

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat satu klip video menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya di Butterworth.

Klip video itu dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, tarikh dan masa kejadian itu belum dapat ditentukan.

Dipercayai, pemandu itu cuba mengelak satu sekatan jalan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, kenderaan dalam video itu dilihat melawan arus di laluan kira-kira KM2.5 lebuh raya itu, di mana sekatan jalan untuk memeriksa perjalanan rentas daerah diadakan.

Shafee berkata, penyiasat sedang memeriksa rakaman CCTV lebuh raya itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas nombor pendaftaran kenderaan itu.

“Kami akan mengesan kereta itu dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta hubungi polis,” katanya seperti dilapor portal FMT.

KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah

KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin

KLIK BACA: Anggota Polis IPD Klang meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah