Pengawal keselamatan kasari pekerja Top Glove dipecat serta merta

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/29/2021 07:55:00 PTG
Gambar tangkap layar video pengawal keselamatan berkasar dengan pekerja Top Glove. 

Wakil Westlife Dormitory Management Sdn Bhd akan memohon maaf kepada seorang pekerja warga Nepal yang tinggal di asrama pekerja Top Glove, susulan rakaman yang menunjukkan seorang pengawal keselamatan menjerit dan menggunakan kekerasan fizikal terhadapnya.

"Kami akan mengenal pasti pekerja itu dan memohon maaf bagi pihak syarikat keselamatan atas insiden yang berlaku di hostel pada jam 9.30 pagi, 27 Jan," kata wakil syarikat itu. Daniel Ng.

Ng berkata, Westlife telah memberitahu pengawal keselamatan dia tidak menepati standard syarikat dan notis telah diberikan kepada syarikat keselamatan agar dia disingkirkan.

"Perbuatannya tidak boleh dimaafkan dan dia bertanggungjawab sepenuhnya menjejaskan imej Top Glove dan Westlife. Tindakannya tidak wajar dan dia gagal menunjukkan kematangan dan profesionalisme, selain turut mengganggu penghuni lain," katanya lagi.

Dalam video itu, seorang pengawal keselamatan dilihat menjerit secara kasar dan menunjukkan isyarat ancaman terhadap seorang pekerja, sebelum menolaknya.

Insiden dipercayai susulan salah faham berkenaan laluan yang perlu digunakan pekerja di hostel untuk ke kantin.

"Pengawal itu jadi marah dan agresif. Rakaman hanya tunjuk keadaan di ketika ia berlaku tetapi mereka yang ada di situ mendakwa sebelum dirakam, dia memukul pekerja," dakwa sumber.Malaysiakini.

Sumber juga memberitahu yang rakaman pukul ada dalam video yang lain tetapi telah dipadam oleh rakan sekerja pengawal terbabit.

KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah

KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin

KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah