Pemimpin taat agama cenderung perintah negara dengan baik - Dr Mahathir

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/27/2021 09:00:00 PG
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengaku beliau adalam muslim funadamentalis - Foto Bernama

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya pemimpin yang beragama dan taat pada perintah agamanya, memiliki kecenderungan untuk mentadbir negara dengan baik dan berkesan.

Beliau berkata, keperibadian seseorang pemerintah akan menjadi penentu sama ada sistem pentadbiran sesuatu negara itu akan berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu memilih pemimpin dengan berhati-hati dan membuat pertimbangan berdasarkan kebaikan dan keburukan jika mahu sistem pemerintahan sesuatu negara berjaya.

"Jika pemerintah fokus untuk membangunkan dan melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan negara sepanjang pentadbirannya, maka demokrasi akan berfungsi.

"Namun, jika seseorang itu kekal memerintah terlalu lama, sentiasa ada kecenderungan untuk beliau menyalahgunakan kuasa dan sistem pentadbiran.

"Untuk pastikan individu dilantik dalam sistem demokrasi akan menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, ia bergantung pada sistem nilai, yang menentukan kualiti dan sikapnya

"Bagi seorang pemimpin, perlunya dedikasi pada nilai tertinggi. Ertinya, jika pemimpin itu beragama dan taat pada nilai agama, kebiasaannya beliau akan menjadi pemimpin yang baik," katanya dalam ucapan dasar Dialog Perdana 2021 bertemakan 'Sistem Kerajaan' secara maya sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, hari ini seperti dilapor BH Online.

***Potong gaji menteri duta khas bantu rakyat masa darurat, Parlimen digantung dari membazir jutaan ringgit!