Pelawak terkenal Jamali tidak meninggal dunia, berita palsu tersebar dinafikan anaknya

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/23/2021 09:53:00 PTG
Gossip kematian pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, yang tular di media sosial hari ini adalah palsu.

Portal Sinar Harian melaporkan anaknya, Fauzi, 48, mengesahkan bapanya berada di rumah dalam keadaan sihat. 

 “Sejak pagi tadi saya terima banyak panggilan mengenai perkara itu, tak tahu dari mana datang berita itu, sabar jela. 

Berita tersebut palsu, tolong jangan sebarkan ya.  Dia sihat, Alhamdulillah…cuma kurang nak makan sangat,” katanya. 

 Fauzi berkata, pihak keluarga kesal dengan penyebaran berita itu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. 

 Keadaan kesihatan Jamali atau nama sebenarnya Jamali Shadat sebelum ini dilaporkan semakin pulih oleh Sinar Harian.