Neelofa dan Siti Nurhaliza boleh menang jika bertanding pilihan raya mengalahkan ahli politik

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/23/2021 08:08:00 PG
Nampaknya kemenangan besar pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky yang merupakan calon Parti Servant of The People dalam pusingan ke-2 pilihan raya presiden membuktikan selebriti mempunyai pengaruh yang unik dalam arena politik. Kemenangan Zelensky dan bekas bintang rancangan TV realiti, Donald Trump bukanlah yang pertama menyertai dunia politik. Jika mengikut perkembangan semasa, pasti akan ada lagi selebriti yang akan terjun dalam bidang ini. Zelensky mendapat undi sebanyak 73.2% mengalahkan pesaingnya, Petro Poroshenko yang hanya meraih 25.3%. Keputusan ini menunjukkan Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia politik di pilih menjadi presiden di Ukraine. Selain itu, beliau juga pernah tampil dalam siri TV iaitu “Servants of The People” di mana beliau berlakon menjadi guru yang menentang rasuah dan mendapat populariti sehingga memungkinkan beliau menjadi presiden yang sebenar.