Indonesia catat 14,518 kes baharu, 210 mati akibat Covid-19 semalam

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/31/2021 05:52:00 PTG
Covid 19 Indonesia Frontliners - Foto kredit ANTARA/Asprilla Dwi Adha

Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu Covid-19 semalam, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020, lapor Bernama.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id., kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 1,066,313 kes manakala pesakit yang sembuh berjumlah 862,502 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari kelmarin sehingga 12 tengah semalam, sebanyak 210 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 29,728 orang.

Provinsi Jakarta menjadi provinsi paling tinggi mencatatkan kes positif keseluruhan iaitu 266,244 kes manakala Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kematian keseluruhan iaitu 7,754 orang, lapor agensi berita nasional itu semalam.