Ferrari merah hangus terbakar di Butterworth

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/27/2021 08:20:00 PTG
 Ferrari terbakar di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya - Foto The Star
Keadaan Ferrari 430 yang hangus terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya - Foto Ihsan JBPM 

BUTTERWORTH: Sebuah kereta mewah Ferrari 430 hangus terbakar di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, di sini, petang tadi. 

 Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemandunya sempat menyelamatkan diri. 

 Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang berhubung kejadian itu.

 "Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Penanti bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi memadamkan kebakaran.

 "Ketika tiba didapati Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu sudah memadamkan kebakaran terbabit. 

 "Siasatan mendapati kereta mewah itu mengalami kemusnahan sehingga 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemandunya berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan seperti dilapor NSTP.