Dua lelaki serumah rogol bekas teman wanita

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1/31/2021 05:43:00 PTG
Polis Klang menahan 3 suspek kes rogol - Foto hiasan 

Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes rogol dan sxks luar tabii di sebuah rumah sewa di Klang Utara.

Portal BHOnline melaporkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata semua suspek ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 21 tahun yang juga bekas teman wanita suspek pertama.

"Dalam laporannya, mangsa mendakwa pada 30 Oktober lalu, kira-kira jam 10 malam, ketika mahu pulang ke rumah dari tempat kerja, mangsa diugut bekas teman lelakinya (suspek pertama) yang mengatakan akan menyebarkan video tidak senonoh hubungan mereka di media sosial.

"Disebabkan takut video itu disebarkan, mangsa mengikut kehendak bekas teman lelakinya untuk ke rumah sewa suspek terbabit.

"Sebaik tiba di rumah sewa itu, bekas teman lelakinya mengadakan hubungan sxks tanpa kerelaan mangsa. Mangsa juga diugut tidak memberitahu hal itu kepada sesiapa malah mengugut akan menyebarkan video bogel pengadu serta memukul pengadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurulhuda berkata, pada masa sama, suspek kedua yang juga bekas teman lelaki mangsa yang berada di rumah itu turut meminta mangsa memuaskan nafsunya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

"Suspek kedua itu bertindak menolak serta mencekik leher sebelum memaksa mangsa melakukan persetubuhan luar tabii dengannya.

"Lelaki terbabit juga mengugut mangsa sekiranya mangsa tidak melayan nafsunya, dia akan menceritakan hal itu kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata, susulan laporan yang diterima, sepasukan anggota Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara melakukan dua serbuan dan menahan tiga lelaki untuk siasatan lanjut.

"Siasatan mendapati suspek kedua yang berumur 20 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kes curi motosikal.

"Sementara itu, suspek pertama dan ketiga yang masing-masing berumur 22 tahun dan 20 tahun tiada rekod jenayah lampau.

"Dua suspek utama direman selama tujuh hari bermula hari ini, manakala seorang lagi suspek yang berada di dalam rumah terbabit direman tiga hari, bagi membantu siasatan," katanya.