Datuk Hasan Arifin (tengah) bersama pimpinan Barisan Nasional meraikan kemenangan pada PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin. – Foto TRP/Arif Kartono

ROMPIN – Pemimpin UMNO gembira dengan kemenangan BN yang berjaya mengekalkan kerusi parlimen Rompin namun dalam masa yang sama menyifatkan jumlah majoriti yang berkurangan sebagai isyarat daripada pengundi kepada kerajaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, BN berjaya mengekalkan kerusi parlimen itu tetapi dalam masa yang sama tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan berkenaan kerana ia boleh berubah pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, sekali lagi BN berjaya mengekalkan kerusi ini tetapi dengan jumlah majoriti yang berkurangan menunjukkan pengundi sudah mula memberikan isyarat jelas kepada kerajaan supaya mendengar permasalahan mereka.

“Oleh demikian, kami akan membuat kajian berkenaan dengan isu ini, selain itu, saya juga akan memanggil ketua kampung dan tok batin daripada seluruh Pahang supaya dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka,” ujarnya. – TRP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share