Jason Lo didakwa mengugut, menceroboh rumah isteri dan mencabul anak. – Foto Astro Gempak

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 17 laporan sejak tahun 2015 terhadap Jason Lo yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO)  syarikat telekomunikasi.

Menurut Ketua Polis Negara laporan diterima bukan sahaja membabitkan dakwaan mencabul anak, tetapi dakwaan menceroboh kediaman bekas isteri serta mengeluarkan ancaman bunuh.

Katanya, biarpun kes membabitkan dakwaan mencabul diklasifikasikan sebagai ‘NFA’ atau ‘Tiada Tindakan Lanjut’, polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan terhadap Jason Lo berkenaan pencerobohan serta ugutan bunuh terhadap bekas isterinya.

“Klasifikasi NFA itu dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) susulan mendapati kurangnya bukti berhubung dakwaan lelaki itu mencabul anaknya.

“Bagaimanapun, polis tidak menutup siasatan berhubung dakwaan mencabul itu dan jika mempunyai bukti baru, kita akan usulkan kepada TPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM Sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, polis juga akan menyemak semula dakwaan bekas CEO itu yang menyatakan bahawa dia menceroboh rumah bekas isterinya anaknya diculik oleh wanita berkenaan.

Pada 16 Mei lalu, Jason Lo, 44 tahun direman selama tiga hari selepas didakwa mencabul anak perempuannya.

Beliau ditahan di Balai Polis Hulu Klang selepas didakwa menceroboh masuk ke rumah bekas isterinya.

Sementara itu, Jason Lo hari ini mengancam tindakan undang-undang terhadap The Star menerusi berita yang mendakwa dia telah mencabul-anaknya.

Jason Lo menafikan laporan The Star mengenai dakwaan bekas isterinya terhadap anak mereka sambil menuduh bekas isterinya ‘mencuci otak’ anak mereka.

Jason Lo tidak dinamakan dalam laporan The Star tiga hari lepas, tetapi hari ini mendedahkan dirinya sebagai orang dalam kes itu. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share