Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Razak yang masih mempertahankan bekas perdana menteri itu walaupun pendedahan demi pendedahan telah dibuat.

Dr Mahathir berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Singapura baru-baru ini telah memulangkan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri dan cuba dibersihkan dengan membeli harta mewah di negara-negara berkenaan.

“Satu soalan yang mungkin perlu mereka (penyokong Najib) tanya kepada diri mereka ialah, dari mana datang wang yang sebegitu banyak yang dipulangkan oleh Kerajaan AS dan Singapura.

“Bagaimanakah, beg-beg mewah, barang kemas dan wang tunai berjuta yang telah dikenali sebagai milik (Datuk Seri) Rosmah Mansor didapati di flat milik Rosmah?” katanya dipetik Astro Awani ketika menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tempohari.

Jelas Dr Mahathir, Najib dan rakan-rakannya masih mempertikaikan berlakunya salah guna kuasa, rasuah dan penipuan di bawah pentadbiran terdahulu.

“Kerana tidak dapat membukti kebenaran mereka, mereka beralih kepada memburukkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan menuduh kononnya PH tidak mendaulatkan Islam dan Perlembagaan,” tegasnya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan PH sedang berusaha memulihkan semula negara antaranya dengan menyiasat skandal 1MDB  untuk memperoleh kembali wang dicuri dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mendakwa mereka yang menyalahguna kuasa, melesapkan duit Kerajaan dan menekan rakyat.

“Bekas perdana menteri dan rakan-rakannya dipertuduh dalam mahkamah,” ujar Dr Mahathir.

Susulan beberapa institusi seperti Lembaga Tabung Haji, Felda, MARA, LTAT dan KWAP telah terjejas akibat pentadbiran terdahulu, Dr Mahathir berkata satu badan pencegah rasuah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional telah ditubuhkan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut diperkuat. Selain itu, kerajaan memperkenal Pelan Anti-Rasuah Nasional.

“Kerajaan juga mengkaji semula projek-projek mega, termasuk Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), yang mana harga projek tersebut melampaui nilaian sepatutnya,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jason Lo nafi cabul anak, tuduh isteri cuci otak, polis siasat semula

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat keluarga diraja Johor

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang anggap Altantuya kes bunuh biasa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share