Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pihak berkuasa bebas menyiasat sesiapa sahaja termasuk dirinya selaku perdana menteri berhubung projek pertukaran tanah (land swap) kementerian pertahanan.

“Polis pun akan siasat termasuk PM juga, tidak ada siapa yang berada di atas undang-undang,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-8 di Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada sidang akhbarnya mendakwa pelaksanaan 13 daripada 16 projek land swap terbabit didapati melibatkan bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan.

Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Ambrin Buang turut mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan daripada projek tersebut melebihi RM500 juta.

Semua 16 projek itu terdiri daripada 2,923 ekar (1,183 hektar) tanah milik kementerian pertahanan yang telah dan akan dipindah milik.

Dr Mahathir dalam mengulas itu tersebut berkata, kerajaan tetap boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan projek ‘land swap’ berkenaan meski pun ia telah lama berlaku.

Menurut perdana menteri pihaknya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan berhubung salah guna kuasa itu.

“Ya, kerajaan masih boleh mengambil tindakan dan niat kami untuk membuat laporan mengenai kesalahan yang dilakukan pada masa lalu, sama ada pelaku salah sudah tiada di sini (pencen) atau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir jawatankuasa siasatan kementerian pertahanan berhubung projek land swap menunjukkan berlakunya “pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan,” termasuk ketika penggal pertamanya sebagai perdana menteri.

Mohamad Sabu bagaimanapun menafikan Dr Mahathir terlibat dalam penyelewengan tersebut walaupun mengakui kaedah land swap itu dimulakan sejak tahun 1997 ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Semua tentang Razak Baginda yang menganggap Altantuya hanya kes pembunuhan biasa?

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share