Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin saksi perbicaraan Najib Razak. – Foto The Sun Daily

Datuk Seri Najib Razak tidak akan dimaklumkan jika terdapat urus niaga mencurigakan dikesan dalam akaun bank peribadi kerana ia akan menyalahi undang-undang anti pengubahan wang haram negara, kata seorang pegawai Bank Negara kepada Mahkamah Tinggi hari ini dalam perbicaraan hari ke-15 di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin mengesahkan bahawa undang-undang anti-pengubahan wang haram memerlukan institusi pelapor seperti bank untuk melaporkan transaksi mencurigakan dalam akaun pelanggan mereka kepada BNM melalui Laporan Transaksi Mencurigakan (STR).

Ahmad Farhan adalah pegawai penyiasat BNM yang bertanggungjawab ke atas siasatan ke atas Kumpulan AmBank atas kegagalannya memberikan STR pada pelbagai transaksi dalam enam akaun – termasuk empat akaun semasa Najib dan dua akaun kad kredit yang dikaitkan dengannya, yang kemudiannya bank itu didenda pada November 2015.

AmBank sebelum ini telah didenda oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atas kegagalan melaporkan transaksi yang mencurigakan dalam akaun Datuk Seri Najib Razak sejak dibuka sehingga ditutup.

Ahmad Farhan, pengurus di Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan BNM, menjelaskan STR yang diterima oleh bank pusat akan dihantar ke unit BNM berasingan yang menganalisa dan mengkaji STR.

Beliau berkata, STR akan dianalisis untuk mengenal pasti apa-apa kesalahan yang mungkin berlaku seperti rasuah sebelum maklumat itu dihantar kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Ahmad Farhan adalah saksi pendakwaan keempat dalam perbicaraan Najib yang melibatkan tujuh tuduhan penyalahgunaan kedudukan, pencucian wang dan pecah amanah lebih RM42 juta daripada bekas dana 1MDB unit SRC International Sdn Bhd. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share