Jho Low dalang utama skandal 1MDB sering menyalahkan Dr Mahathir. – Foto The Star

Jho Low mengungkit isu perkauman selepas rakan subahatnya Roger Ng diekstradisi dan dibicarakan di  Amerika Syarikat atas pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB.

Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan oleh Malaysia dan Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB, berkata adalah sesuatu yang mengganggukan apabila Washington bekerja dengan negara yang diterajui oleh pemimpin yang “anti-Semit” atau anti-Yahudi.

“Adalah mengganggukan bahawa rejim Malaysia sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dan hubungan dengan Amerika Syarikat sedangkan ia tidak berkongsi asas undang-undang yang sama mengenai hak asasi manusia dan apabila ia diterajui oleh pemimpin sendiri yang mengakui diri sendiri adalah anti-Semite,” katanya melalui seorang jurucakap .

Low dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang lantang membidas pencerobohan Israel terhadap Palestin sehingga menyebabkan beliau dilabelkan sebagai “anti-Semite”.

Mahathir sebelum ini menafikan Malaysia adalah anti-Yahudi atau anti-Semitik kerana orang Arab juga Semite dan negara ini berhak mengecam tingkah laku tidak berperikemanusiaan dan penindasan di mana dan oleh sesiapa saja.

Roger Ng warga Filipina yang diekstradisi pada 3 Mei lalu, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan jenayah yang dikaitkan dengan 1MDB di mahkamah persekutuan di New York semalam.

Ng, dibicarakan dalam keadaan kakinya dirantai lapor portal berita antarabangsa Reuters.

Beliau berdepan empat pertuduhan bersubahat dengan bekas majikannya, Goldman Sachs kerana memalsukkan maklumat dan fakta berhubung nota jaminan dan bon 1MDB berjumlah AS $6.5 bilion yang dikeluarkan antara tahun 2012 dan 2013. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share