Kerajaan dan pihak polis memfailkan dua saman perlucuthakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan individu lain bagi menyita barang mewah berjumlah RM711 juta, termasuk 27 kereta dan hartanah mereka yang terlibat.

Dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk melucuthak barangan yang dirampas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.

Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.

Notis kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Menurut sumber The Edge Malaysia, Supt Foo Wei Min, yang mengetuai Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan.

Unit itu juga dikatakan dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan, lapor The Edge.

Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman Amar Singh dilaporkan berkata jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share