Bekas naib presiden KWAP Amirul Imran Ahmat saksi perbicaraan salah guna kuasa dan rasuah bekas menteri kewangan Najib Razak. – Foto FMT

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Wang Persaraan (KWAP) mengenakan kadar faedah lebih tinggi untuk tidak menggalakkan SRC International Sdn Bhd mendapatkan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion.

Bekas naib presiden KWAP Amirul Imran Ahmat ketika disoal balas oleh peguam, Harvinderjit Singh dalam salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Najib Razak.

Saksi ke-29 itu berkata, KWAP mencadangkan kadar faedah 4.6% setahun, yang lebih tinggi daripada yang dikenakan Khazanah dan Sekuriti Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, panel pelaburan KWAP meluluskan pinjaman kepada SRC kerana ia dijamin kerajaan Malaysia.

Amirul diamanahkan menyiapkan kertas cadangan sebelum KWAP meluluskan RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012.

Saksi itu berkata, bekas pengarah SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas ketua pegawai kewangan 1MDB Terence Geh menyiapkan perancangan perniagaan kepada KWAP sebelum RM2 bilion itu diberikan.

Katanya, mereka kemukakan dokumen mengenai perancangan pelaburan SRC di Aabar, sebuah syarikat di Saudi Arabia, Indonesia dan Mongolia, tetapi tidak nampak menyakinkan.

Pada 27 Mac, 2012, perjanjian kemudahan pinjaman dimeterai dengan pengarah SRC ketika itu, Suboh Md Yassin dan ketua pegawai eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh, menandatanganinya.

Najib, yang ketika itu menteri kewangan, menandatangani surat jaminan berkenaan bagi pihak kerajaan.

Najib berhadapan dengan 6 pertuduhan mengubah wang haram dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaun beliau daripada SRC International, bekas syarikat di bawah 1MDB.

Najib juga didakwa menyalahguna kuasanya sebagai perdana menteri ketika itu dengan memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Pesaraan Diperbadankan.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share