Seorang anggota Jabatan Amal Pas ditahan polis di Kota Bharu pada Selasa bagi membantu siasatan dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial.

Penahanan lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan susulan satu posting di Facebooknya yang didakwa memfitnah dipercayai Menteri Pertanian Salahuddin Ayub.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

“Penama (suspek) ini memang ada ditangkap hari ini (Selasa) dan tahanan reman selama dua hari,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga seorang peniaga dipercayai akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, penangkapan suspek viral di media sosial yang mengatakan seorang pegawai Pejabat ADUN Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ditahan polis.

Fitnah tersebut dipercayai dalam bentuk gambar templat berita  yang menunjukkan gambar menteri serta tertulis tajuk ‘Petani digalakkan menggunakan jalan laut bagi mengelak kesesakan lalu lintas’.  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

KLIK BACA: Anak Rosmah Riza pulangkan RM236 juta kepada kerajaan

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share