Anak lelaki Rosmah Mansor, Riza Aziz yang juga anak tiri Najib Razak didakwa terlibat skandal 1MDB – Foto Bernama

Kerajaan telah menerima kira-kira AS$57 juta (RM236 juta) daripada Red Granite Pictures, syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz yang didakwa menggunakan dana dari sumber 1MDB.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata, wang tersebut diperolehi Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berikutkan satu penyelesaian bernilai AS$60 juta yang direkodkan di sebuah mahkamah AS.

Beliau berkata, RM3 juta daripada jumlah itu digunakan untk membayar DoJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai kos penyiasatan dan mendapatkan penyelesaian kes.

Tommy berkata, wang itu adalah sebahagian daripada keseluruhan AS$322 juta (RM1.3 bilion) yang diperolehi daripada jualan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri, termasuk kira-kira RM500 juta daripada jualan kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

“Satu tabung amanah khas telah dibuka bagi menyimpan wang daripada perolehan semula aset.

“Perolehan semula itu tidak mungkin dicapai tanpa bantuan dan kerjasama terbaik yang kita nikmati daripada rakan sejawat di AS dan Singapura. Kita mengucapkan terima kasih kepada mereka, kata Tommy dalam satu kenyataan.

Red Granite milik Riza didakwa menggunakan lebih AS$100 juta wang yang dicuri daripada 1MDB bagi menerbitkan filem di Hollywood.

Penyiasat AS juga percaya wang berjumlah AS$4.5 bilion dipindahkan secara salah daripada 1MDB, dalam satu kes yang dianggap paling besar oleh Inisiatif Perolehan Semula Aset Kleptokrasi DoJ.

Agensi itu sebelum ini berkata, 3 filem yang diterbitkan oleh Red Granite, iaitu “The Wolf of Wall Street”, “Daddy’ Home” dan “Dumb and Dumber 2”, dibiayai dengan wang yang digelapkan daripada 1MDB.

Penyelesaian yang dicapai dengan Riza antara lain menyebut bahawa beliau tidak akan mengambil apa-apa gaji daripada syarikatnya semasa tempoh pembayaran, selain menetapkan bahawa ia bukanlah satu pengakuan salah laku di pihak Red Granite.

Tommy berkata, Malaysia masih menunggu wang berjumlah AS$139 juta daripada jualan Park Lane Hotel di New York yang turut dikaitkan dengan Jho Low.

Peguam negara berkata, Malaysia juga menanti pemulangan S$35 juta dari Singapura berikutan arahan pelupusan yang dibuat oleh mahkamah negara tu berhubung wang yang digelapkan daripada 1MDB. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Tun M Kadir gesa LHDN, Polis siasat syarikat berkait keluarga diraja Johor

DIKEMASKINI: Bung Moktar rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share