Doan Thi Huong penjara 3 tahun 4 bulan selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas Kim Jong Nam menggunakan racun VX, di klia2, 2 tahun lepas. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Warga Vietnam, Doan Thi Huong, tertuduh dalam kes bunuh abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong Nam, dibebaskan pada 7.20 pagi tadi selepas tempoh penjara tamat.

Peguam yang mewakili wanita itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata Doan, 30, akan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya sebelum dihantar pulang petang ini.

“Petang ini, lebih kurang jam 4 (petang), pihak Imigresen akan hantar Doan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dihantar pulang.

“Penerbangan Doan (dipercayai menaiki penerbangan Vietnam Airlines) ke negara asalnya, Vietnam, pada 7.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 1 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun 4 bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) 2 tahun lepas.

12 hari kemudian (13 April), Bernama melaporkan Doan akan dibebaskan hari ini selepas tempoh penjaranya tamat.

Kira-kira 2 bulan sebelum itu, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Jong Nam.

Mereka didakwa bersama 4 lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2 pada 9 pagi, 13 Feb 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – Bernama – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu

KLIK BACA: Zahid gagal pergi umrah, mahkamah tolak serah pasport

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share