India menuduh pendakwah Dr Zakir Naik gubah wang haram. – Foto Zee News

India secara rasmi mengenakan tuduhan pengubahan wang terhadap Zakir Naik, menuduh penceramah kontroversi itu memperoleh aset jenayah bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta).

Portal FMT melaporkan Zakir Naik yang kini berada di Malaysia, didakwa tanpa kehadirannya di sebuah mahkamah di Mumbai.

Direktorat Penguatkuasaan India (ED) berkata daripada jumlah itu, ia sudah mengenalpasti harta bernilai Rs50.4 juta (RM3 juta).

Agensi itu juga memberitahu mahkamah bahawa Naik pernah membuat “ucapan dan kuliah-yang mengapi-apikan” yang menghasut sejumlah belia beragama Islam di India melakukan tindakan pengganas.

Naik menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadapnya.

Penceramah televisyen itu, yang mana saluran ceramah Peace TV diharamkan di India dan Bangladesh, dekat dengan pimpinan kerajaan Malaysia dan terlibat dalam beberapa kuliah disebalik bantahan daripada kumpulan bukan Islam. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu

KLIK BACA: Zahid gagal pergi umrah, mahkamah tolak serah pasport

KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB 

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share