Siti Nurhidayah ditahan polis  atas dakwaan memeras ugut di Australia. – Foto Agensi

Seorang wanita Malaysia yang menetap di Australia, Siti Nurhidayah, 24, dilapor ditangkap kerana didakwa cuba memeras ugut satu pasangan Australia ketika anak mereka sedang tenat.

Satu pendengaran ikat jamin di Melbourne hari ini diberitahu Siti menghubungi Jay dan Dee Windross dan menuntut A$1,000 selepas mereka membuat rayuan terbuka meminta mereka telefon yang dicuri dipulangkan, kata laporan televisyen 9 News.

Telefon itu mengandungi gambar-gambar anak mereka yang tenat.

Polis berkata pesanan yang dikaitkan dengan nombor telefon Siti menunjukkan dia meminta wang jika mahu telefon itu dipulangkan, walaupun telefon itu tiada dalam simpanannya.

Siti juga memberikan butiran bank untuk pemindahan wang itu, kata laporan itu.

“Untuk kenangan kami mendakap anak perempuan kami, wanita itu menuntut wang dari kami,” kata Dee menurut laporan 9 News.

Siti ditangkap pada Jumaat. Dia menangis di kandang tertuduh di mahkamah majistret Ringwood ketika suaminya merayu mahkamah membenarkan dia diikat jamin, kata laporan 9 News.

“Saya minta maaf kerana saya tak tahu perbuatan isteri saya, saya betul-betul tak tahu,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

“Kami tidak ada telefon itu. Mungkin dia gunakan hal itu untuk wang. Itu sahaja. Saya minta maaf.”

Mahkamah diberitahu Siti berpindah ke Melbourne pada September tahun lepas, meninggalkan 2 anaknya di Malaysia, dan bekerja sebagai seorang penghantar makanan UberEats di St Kilda, dengan pendapatan A$120 sehari, di mana dia membayar A$90 seminggu untuk sewa basikal itu.

Laporan itu berkata Siti dan suaminya hidup kais pagi makan pagi dan sukar membayar sewa, kata peguam mereka.

Siti tidak dapat membayar wang ikat jamin, kata laporan itu. – FMT |  Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share