Habibul Rahman yang pernah menjadi penasihat media Najib Razak tampil sebagai saksi pendakwa raya ke-23 dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu. – Foto Free Malaysia Today

Dalam perbicaraan hari ke-11 hari ini bekas penasihat Najib Razak, Habibul Rahman Kadir Shah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia menerima RM2.5 juta daripada bekas perdana menteri itu untuk tujuan perisikan dan politik.

Tokoh koporat Habibul Rahman berkata wang itu digunakan untuk mengumpul maklumat risikan untuk Barisan Nasional, dan memupuk muhibah dalam kalangan parti politik.

Keterangannya itu berlainan dalam fakta perbicaraan hari ke-8, apabila seorang peguam dari Firma Guaman Tetuan Zulkarnain & Co dilapor BERNAMA memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Habibul Rahman Kadir Shah pernah menerima cek berjumlah RM2.5 juta pada 2015.

Ashraf Abdul Razak, 48, yang merupakan peguam peribadi Habibul Rahman sejak 1996, berkata dia diberitahu oleh Habibul Rahman bahawa cek berkenaan yang bertarikh 2 Feb 2015 adalah bayaran berkaitan dengan rundingan bekalan kontrak pertahanan dan dia diminta menguruskan cek tersebut.

Saksi pendakwaan Ke-18 itu berkata, setelah cek tersebut didepositkannya, Habibul Rahman telah mengarahkannya mengeluarkan cek kepada isteri, anak-anaknya dan beberapa individu lain yang ditentukan tokoh korporat itu.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

Ashraf berkata ketika itu juga Habibul Rahman sedang menjalankan urusan bagi mendapatkan sebuah tender bagi Syarikat Fuelsubs House Sdn Bhd (FSH), untuk mengurus subsidi minyak petrol dan Habibul Rahman adalah pengarah urusan syarikat tersebut.

Kepada soalan Muhammad Saifuddin adakah Habibul Rahman memberitahu daripada siapakah pembayaran itu diterima, saksi itu berkata, “tidak”.

Mengulas lanjut Ashraf berkata setelah beliau menerima cek itu yang diambil dari Habibul Rahman sendiri di kediaman tokoh korporat itu, beliau telah mendepositkannya ke dalam akaun semasa Bank CIMB atas nama firma guaman itu.

“Setelah (cek) dimasukkan, selanjutnya beliau mengeluarkan arahan kepada saya untuk mengeluarkan cek-cek kepada antara lain isteri beliau dan anak-anak beliau secara berkala. Selepas itu beliau mengarahkan saya untuk mengeluarkan cek-cek lain kepada pihak-pihak yang beliau tentukan,” katanya.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dr Mahathir sindir Dr Asri pekak isu PH pertahan Islam

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share