PU Abu didakwa membuli seorang muridnya ketika mengajar di sebuah sekolah agama di di Bandar Baru Selayang. — Gambar Instagram/Cian Mokhtar

Seorang wanita mendakwa pendakwah Pencetus Ummah, PU Abu “membuli” anaknya ketika mengajar di sekolah agama rakyat di Bandar Baru Selayang.

Portal berita mStar Online melaporkan, Zahara Mohd Yusof mendakwa anaknya Akmal Hareez Kamal Affendi pernah dimalukan PU Abu atau Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi ketika darjah tiga pada 2016.

“Oh ya… anak aku ni jenis bambam orangnya. Ustaz ni suruh anak aku ke depan kelas dan dia bukakan baju Melayu anak aku sampai nampak t***k dia,” katanya di Facebook semalam.

“Lepas tu dia boleh perah t***k anak aku depan satu kelas sambil suruh satu kelas gelakkan dan standby (bersiap sedia) baling botol air pada anak aku,” kata ibu kepada empat anak.

Menurutnya, susulan kejadian itu anaknya Akmal kerap menangis dan enggan ke sekolah sehingga beliau bersama suami dan ibunya menemui pengurusan sekolah tetapi terkejut apabila PU Abu “selamba je cakap dia nak bergurau”.

Walau Zahara sudah memaafkan PU Abu tetapi beliau menganggap kejadian itu meninggalkan kesan kepada anaknya yang kerap diejek sehingga terpaksa menukar ke sekolah agama lain.

Untuk rekod, penceraian PU Abu hangat dibincangkan di media sosial sebelum ini. Beliau dikatakan menceraikan isteri yang sarat hamil kerana mengahwini seorang janda anak satu.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share