Penceramah terkemuka Dr Zakir Naik didakwa terlibat kes pengubahan wang dan mencetuskan kebencian kaum di India. – Foto Zee News

Hindustan Times melaporkan Interpol mengkaji permintaan India untuk mengeluarkan notis merah terhadap Zakir Naik.

Memetik sumber dua orang pegawai India, laporan itu menyatakan Suruhanjaya Kawalan Fail Interpol (CCF) mengadakan mesyuarat untuk membincangkan permintaan India dan pegawai tersebut yakin satu waran tangkap global terhadap Naik akan mengehadkan pergerakannya.

Zakir Naik dan isterinya diberikan status penduduk tetap di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu dan memiliki kediaman di Putrajaya.

Notis merah bertujuan memaklumkan negara anggota Interpol mengenai individu dalam senarai dikehendaki berdasarkan waran tangkap atau keputusan kehakiman setara yang dikeluarkan sebuah negara atau tribunal antarabangsa.

Satu notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadap Naik terdahulu, dibatalkan pada Disember 2017 kerana beliau belum didakwa di India dan Interpol mendakwa negara itu bertindak sebelum masanya.

Zakir berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mencetuskan kebencian kaum di India melalui ucapan dan ceramah awam.

Bangladesh menyalahkan ucapan Zakir yang menjadi insprirasi seorang pengganas untuk melakukan serangan di Dhaka pada 2016 yang meragut 22 nyawa.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share