Ineza Roussille anak perempuan Marina Mahathir bersama neneknya Tun Dr Siti Hasmah isteri Tun Dr Mahathir. – Foto R.Age.com

Ineza Roussille cucu Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak gembira apabila mengetahui datuknya kembali memegang jawatan perdana menteri Malaysia.

“Tapi saya tak pernah bincang politik dengan datuk saya sebab ada beberapa perkara yang dia buat, saya tak setuju. Lagipun terdapat peraturan tak bertulis bahawa kami tak akan mengkritik sesama sendiri di khalayak.

“Saya memang tak pernah sependapat dengannya secara politik, jadi saya rasa itu (Dr Mahathir kembali jadi PM) adalah hala tuju yang salah untuk negara ini,” katanya Ineza Roussille dalam satu wawancara bersama akhbar South China Morning Post (SCMP).

Ineza Rousille merupakan anak perempuan Marina Mahathir dan terlibat dalam pengambaran dokumentari kempen Dr Mahathir berjudul ‘M for Malaysia’ menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Ineza, 32, juga mengimbas bagaimana rakan sekolahnya, iaitu anak perempuan Anwar Ibrahim menangis selepas ayahnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir pada 1998.

“Saya tak lalui penderitaan seperti yang dilalui oleh anak-anak Anwar. Tapi tahun 1998 adalah masa yang agak kelam-kabut. Mereka di sekolah akan cakap macam-macam yang buruk kepada saya setiap hari,” katanya lagi.

Kata Ineza, sebelum terlibat dalam dokumentari itu, dia hanya pernah melihat datuknya yang berusia 93 tahun itu ketika percutian keluarga sahaja.

Bagaimanapun, tambahnya, menyaksikan sendiri bagaimana Mahathir bekerja buat pertama kali merupakan pengalaman yang mengkagumkan.

Kata Ineza lagi, turut terbit rasa hormat dalam dirinya terhadap neneknya, Dr Siti Hasmah Ali, yang setia mengikut suaminya sepanjang kempen.

“Politik menjadi sesuatu yang lebih personal buat saya.

“Apabila orang serang dia (Mahathir), saya sakit hati. Jika dia cakap sesuatu yang saya tak setuju, saya sakit hati juga.

“Kali ini, saya peduli. Ketika dia jadi PM dulu, saya belum cukup dewasa,” katanya yang merupakan anak dari perkahwinan pertama Marina bersama seorang lelaki Perancis.

Menurut artikel SCMP, Mahathir memberikan kerjasama yang baik (semasa pengambaran) dan terdapat juga rakaman yang bersifat peribadi dirakam seperti ketika Mahathir memeriksa draf ucapannya setelah baru bangun tidur dan masih memakai baju tidur. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share