Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang wanita bergelar “Datuk Seri” dan seorang lelaki bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan kes memberi suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian, yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Menurut sumber, wanita berusia 49 tahun itu merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pembekalan.

Dia ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan.

Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan penasihat syarikat itu pula ditahan pada kira-kira 11.30 pagi di kawasan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, kata sumber.

Siasatan awal mendapati kedua-dua individu bersubahat membayar wang suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat mereka yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017, katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi esok.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share