Datuk Onn Hafiz Ghazi – Foto Sinar Harian

Onn Hafiz Ghazi pemilik portal Malaysian Digest yang merupakan anak saudara Hishammuddin Hussein [sepupu Najib] menerima pembiayaan dari Najib Razak. – Foto Free Malaysia Today

Dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mahkamah diberitahu portal Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek RM240,000 daripada Najib Razak pada 2015, kata saksi pendakwaan ke-16 Onn Hafiz Ghazi.

Datuk Onn Hafiz Ghazi memberitahu hal ini kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semasa sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaim.

Hafiz, yang memiliki saham portal itu melalui Vital Spire Sdn Bhd, mengesahkan menerima cek berkenaan daripada Najib pada 30 Jan 2015, untuk melancarkan laman berita tersebut.

Ketika pemeriksaan utama oleh Saifuddin, Hafiz berkata portal berkenaan membuat liputan berita tempatan dan antarabangsa antara lain merangkumi isu politik, hiburan dan sukan.

Saifuddin: Siapa arah lancarkan portal itu?

Hafiz: Atas arahan Najib. Saya jumpa dia sendiri di Pejabat Perdana Menteri ketika itu. Saya dapat cek daripada dia. Dia tandatangan cek itu depan saya.

Onn Hafiz Ghazi yang juga Adun Layang-layang merupakan anak saudara bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein memberi keterangan dalam kes perbicaraan Najib Razak yang berhadapan pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share