Shafee Abdullah kini merupakan peguam Najib Razak bagi kes SRC International turut didakwa kes pengubahan wang haram dan mengelak bayar cukai pendapatan [LHDN]. – Foto Mohd Yusni Arifin/NSTP

KUALA LUMPUR 13, Sept 2018: Peguam terkemuka yang dikaitkan dengan Umno, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Muhammad Shafee didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Shafee memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah membenarkan Muhammad Shafee diikat jamin RM1 juta dan  pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Untuk rekod, media melaporkan sebelum ini bahawa Shafee didakwa menerima RM9.5 juta dari Najib yang semasa itu Perdana Menteri sebagai upah bagi merayu hukuman liwat II Anwar Ibrahim.

Anwar kemudiannya menuntut penyiasatan samada benar wang yang diberi Najib kepada Shafee tersebut bersumber dari dana 1MDB.

Tuduhan Shafee menerima wang dari Najib itu seperti didedah Sarawak Report tidak disiasat sewaktu kerajaan rejim lama memerintah sehinggalah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018 susulan kemenangan PRU14.   – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share