PAS menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) memperkenalkan akta baru yang mewajibkan ahli politik serta pegawai kanan kerajaan gred Jusa C ke atas, mengisytiharkan harta.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong akta SPRM bagi membendung amalan rasuah dan salah guna kuasa tetapi  selain perisytiharan harta, sumber harta juga perlu disiasat

“Dalam Islam harta bukan perlu diisytihar kepada umum. Bahkan dalam Islam disiasat dari mana harta tersebut dan ke mana ia dibelanjakan.

“Perisytiharan harta tanpa disiasat punca harta tidak akan mencapai matlamat pencegahan rasuah.

“Sebagai contoh ada kalangan pimpinan yang telah isytihar harta ratusan juta (ringgit Malaysia). Apakah tiada siasatan dilakukan?” katanya anggota parlimen Kubang Kerian itu seperti dilapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata berdasarkan undang-undang baharu itu nanti, mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan sama ada penjara atau denda namun bergantung samada akta itu diluluskan pada peringkat parlimen kelak.

“Ketika ini, kita sedang dalam proses penyediaan (perkara berkaitan akta baharu) yang mana akhirnya kita bawa ke bahagian penggubalan dan seterusnya bawa ke Kabinet dan kita harap sebelum akhir tahun ini perkara ini dapat direalisasikan,” katanya. – Majalah Review Malaysia

Nota pembetulan: Kalau baca sirah sahabat rasulullah SAW ada masa beritahu baginda harta mereka dan nabi sendiri kita tahu hartanya kala wafat.

TITM pandai cakap laju Islam tidak perlu isytihar harta. Ayat islam tu yg ditunggang demi politik PAS?

Lain kali sokonglah perbaiki –  jika zaman Nabi tidak isytihar harta secara rasmi misalnya berekod – tetapi di zaman ulama PAS yang pandai menafsir segala kitab dan wahyu supaya dilakukan secara rasmi dengan SPRM.

Untuk makluman nabi kenal org munafik dan org yg menolak sunah baginda. Jgn ikut sunah Pas bohong antaranya. – Berita Mimpi – ANAGHOIB

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share