Kerajaan Pahang akan menggubal enakmen yang mengkehendaki peniaga di negeri itu menunjukkan taat setia mereka terhadap Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong sebelum permit dan lesen mereka dikeluarkan.

“Apabila hendak keluarkan lesen atau permit, pihak majlis dan agensi yang berkaitan perlu masukkan satu syarat baru sebelum meluluskan permohonan mereka (peniaga),” kata Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail seperti dilapor New Straits Times.

Wan Rosdy berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurutnya, syarat itu diluluskan oleh kerajaan negeri memandangkan sikap segelintir pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab menghina raja baru-baru ini yang menyinggung hati banyak pihak.

“Mereka (peniaga) harus menghormati dan menunjukkan taat setia kepada Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permit dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.

“Kita harap syarat tegas ini akan menjadi satu langkah pencegahan yang berkesan bagi menangani isu-isu seumpama itu (daripada berulang),” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, seorang peguam hari ini berkata kerajaan Pahang berhak mengenakan syarat ke atas lesen-lesen perniagaan, termasuk syarat menghendaki pengusaha taat setia kepada sultan.

Namun SN Nair berkata, keberkesanan langkah itu belum diketahui kerana kebiasaannya pengusaha perniagaan bukan golongan yang tidak menghormati raja-raja Melayu.

“Saya tak pasti keberkesanan syarat seperti itu kerana mengikut sejarah, perniagaan tidak pernah jadi tumpuan kerana tidak menghormati raja-raja.

“Kebanyakannya individu-individu yang berbuat demikian dan Akta Hasutan akan digunakan terhadap mereka.

“Barangkali kerajaan Pahang punya sebab untuk keputusan itu. Bagus sekiranya kerajaan menjelaskan sebab-sebabnya kepada perniagaan untuk faham dengan lebih baik,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share