Pembelian aset pertahanan negara perlu mengikut kemampuan kewangan bagi mengutamakan usaha menyelamatkan institusi bumiputera seperti Tabung Haji (TH) dan Felda, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu

Mohamad Sabu menjelaskan bahawa meskipun peruntukan perbelanjaan untuk kementeriannya di bawah Belanjawan 2019 tidak terjejas dan mendapat belanjawan tambahan, perbelanjaan untuk membeli aset pertahanan negara tetap dibuat mengikut keperluan dan kemampuan.

“Banyak wang digunakan untuk selamatkan institusi yang hancur – Tabung Haji dan Felda – meskipun kerajaan PH diserang (sebagai) tak peduli hal bumiputera.

“Kalau tak selamatkan (institusi-institusi ini), akan berlaku malapetaka ekonomi bukan hanya kepada Felda dan Tabung Haji tapi kepada Malaysia itu sendiri,” kata Mohamad kepada pemberita di pejabat Kementerian Pertahanan.

Kerajaan PH memperuntukkan RM6.3 bilion untuk menyelamatkan Felda dan RM17.8 bilion untuk Tabung Haji yang didakwa akibat salah urus kedua-dua institusi itu di bawah kerajaan BN.

Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, Kementerian Pertahanan masih mampu memperuntukkan lebih RM79 juta untuk bantuan RM500 sempena hari raya kepada veteran tentera dari kalangan kumpulan B40.

Menteri Pertahanan itu optimis menjangkakan kewangan negara akan bertambah baik dalam masa akan datang dan pelaburan asing akan bertambah.

Menurutnya, bagi projek Kementerian Pertahanan yang ditangguhkan sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan salah laku, ianya dijangka diteruskan pada Julai. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share