Polis akan membuka kertas siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata bagaimanapun memandangkan tiada laporan polis dibuat setakat ini berhubung perkara itu, pihaknya akan membuat laporan maklumat awal (FIR) terlebih dahulu bagi membuka laluan siasatan.

“Polis akan siasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Semalam, video berdurasi dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ memaparkan rakaman peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi tular menerusi media sosial.

Difahamkan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Facebook bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil pada tengah hari semalam dan sudah ditonton lebih 227,000 kali selain dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook dan mendapat lebih 1,900 komen.

Susulan itu, peguam Tun Dr Mahathir – Haniff Khatri Abdulla mengecam tindakan Isham Jalil tersebut dan mendakwa ianya boleh dianggap menghina mahkamah. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share