Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.

“Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya sebagai dividen, jadi ramai yang simpan duit mereka di sana kerana mereka lihat banyak pulangan daripada pelaburan.

“Ini tidak boleh diteruskan selamanya,” katanya pada persidangan media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam TH, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil dari pelaburan yang dibuatnya, walaupun jumlahnya mungkin kecil.

“Ini bermakna mereka yang berhasrat menunaikan haji, akan masih sanggup menyimpan (dalam TH) kerana ia akan diuruskan dengan baik, bukan seperti sebelum ini apabila deposit mereka digunakan untuk jadi subsidi belanja menunaikan haji, dan juga untuk mengumumkan dividen,” katanya.

Awal bulan ini TH mengumumkan agihan dividen 2018 pada kadar 1.25 peratus, kadar paling rendah dalam sejarah penubuhannya. – Bernama – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share