Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Abdul Jalil memuat naik rakaman prosiding perbicaraan hari kelima melibatkan bekas Perdana Menteri itu menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Klip rakaman selama dua minit 12 saat yang tertera tarikh 18 April 2019 itu menunjukkan peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan yang dilakukan Isham itu salah disisi undang-undang dan telah menghina mahkamah.

“Laporan polis perlu dibuat dan salinan laporan perlu diserahkan kepada Pendaftar Mahkamah supaya tindakan seterusnya diambil,” katanya dipetik Sinar Harian.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share