Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kerja-kerja membaiki tangki air di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta adalah keperluan dan bukan projek mewah.

“Renovation (pengubahsuaian) yang dibuat adalah renovation yang harus dibuat kerana tangki air memang tak ada langsung.

“Lebih daripada 20 orang tinggal dalam rumah itu termasuk para pembantu. Jadi ini dikatakan bukan projek mewah. Ini projek yang harus dibuat.

“Kalau nak ambil kira yang mana dia lebih kerap tinggal, dia lebih kerap tinggal di rumah no 11 (Langgak Duta),” katanya kepada wartawan di luar Mahkamah Kuala Lumpur.

Persoalan mengenai kerja-kerja pengubahsuaian kediaman Najib di Kuala Lumpur itu dibangkitkan oleh pihak pendakwaan melalui beberapa saksi semasa perbicaraan semalam.

Antara isu yang dibangkitkan ialah bayaran dibuat Najib kepada kontraktor terbabit menggunakan cek bernilai RM56,500 bertarikh 12 Februari 2015.

Dan bayaran RM200 ribu lebih sebagai kos pengubahsuaian rumahnya itu kepada syarikat Renovation ABS Trend Master Sdn Bhd pada tarikh yang sama.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin depan. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share