Perbicaraan Najib Razak kes pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Foto The Star

Pemilik syarikat pereka hiasan dalaman memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau membuat kerja-kerja pembinaan bilik stor yang mempunyai almari pakaian dan dapur kering (pantri) di rumah “orang nombor 1” iaitu Najib Razak pada 2014 berjumlah lebih RM200,000.

Zulkarnain Mohamad, pemilik ABS Trend Master Sdn Bhd berkata beliau mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM50,000 sebelum kerja-kerja dimulakan melalui cek manakala RM100,000 melalui cek bertarikh 12 Feb 2015 atas nama syarikat itu selepas sebahagian kerja-kerja disiapkan.

“Kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan lapan atau sembilan 2014. Kerja-kerja disiapkan dalam masa tiga hingga empat bulan,” kata saksi pendakwaan keenam semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada perbicaraan kes Najib yang masuk hari kelima hari ini.

Saksi itu menjelaskan kerja-kerja pembinaan itu dilakukan di belakang rumah di kawasan kediaman dengan sebut harga RM243,000 atau RM234,000.

Ditanya sebesar mana bilik stor itu mengambil kira anggaran bilik bicara mahkamah, beliau menjawab “anggaran 1/3 daripada mahkamah”.

Ditanya siapa memberikan cek bayaran kerja-kerjanya, saksi itu berkata beliau menerimanya cek yang diberi pengurus kediaman di sana.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share