Ramai pemimpin politik di Malaysia dituduh mencuri atau perasuah namun pendakwaan dan perbicaraan mereka sering dinafikan atau dilewatkan. – Foto Zaid Ibrahim Blog

Bekas menteri undang-undang yang kini merupakan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan rasa tidak percaya kenyataan orang kuat Tun Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin bahawa Pakatan Harapan (PH) memerlukan masa enam bulan lagi untuk memulihkan negara.

“Enam bulan untuk tunai manifesto? Tak mungkin. PH ni sebenarnya takut kepada pembuli.

“Jadi kamu takkan adakan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis), kerajaan dari rakyat, mansuh undang-undang keselamatan, memperbaiki pendidikan tinggi dan sebagainya.

“Apa yang kamu dapat lebih banyak aset terjual,” ciapnya di Twitter.

Tempohari, Daim menjelaskan  kerajaan memerlukan masa enam bulan lagi untuk membaiki kerosakan dilakukan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN).Manakala,

Zaid turut menyindir kerajaan PH yang kalah sebanyak tiga kali berturut-turut pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau.

“Walaupun kalah 3-0, PH tidak salah, kecuali mereka sombong.

“Gaduh dengan sesiapa saja berbanding guna pendekatan berdamai. Ejek orang Melayu dan harapkan sokongan mereka.

“Gelar orang pencuri seolah-olah mereka sendiri tidak mencuri,” katanya yang sebelum ini merupakan penyokong kuat kerajaan PH.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata rancangan transformasi kerajaan terjejas akibat masalah kewangan terutamanya apabila wang dicuri dipercayai merujuk kepada skandal 1MDB, Felda dan Tabung Haji. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share