Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia (BNM) Azizul Adzani Abdul Ghafar menjadi saksi pendakwa kes rasuah pengubahan wang haram melibatkan Najib Razak berkaitan SRC International.- Foto The Star

Pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar saksi pendakwa kes Najib Razak – Foto Kosmo

Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia (BNM) Azizul Adzani Abdul Ghafar hari ini menafikan menerima taklimat daripada pihak tertentu supaya memberikan keterangan tidak benar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak.

Azizul Adzani, pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan juga menafikan cadangan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib bahawa beliau menyembunyikan sesuatu berhubung kes itu.

Semasa dirujuk laporan polis yang dibuatnya selepas serbuan dilakukan di Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015, saksi pendakwaan ke-2 itu berkata beliau juga mengetahui beliau mesti membuat laporan polis yang tepat.

Sebelum ini, Azizul Adzani memberi keterangan beliau memasukkan sebab kesalahan yang disyaki di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa) berdasarkan transaksi yang disenaraikan dalam dokumen yang disita di Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Suhaimi Ibrahim, pegawai penyiasat Bank Negara itu berkata sifat kesalahan yang disyaki dilihat dalam dokumen bank Najib, SRC International dan Gandingan Mentari yang dirampas membuatkan dirinya menyatakan kesalahan yang disyaki itu di bawah peruntukan Seksyen 4 (1) Amlatfa.

Najib, 66, menghadapi 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share