Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata polisi kerajaan melibatkan percukaian yang lebih mengutamakan import berbanding eksport, mungkin akan diubah.

Tindakan itu bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan apabila lebih banyak produk tempatan dikeluarkan, sekaligus menyebabkan pengurangan import.

“Saya tidak tahu kenapa kerajaan mempunyai dasar yang dilihat menggalakkan import berbanding eksport. Kita tidak berkhidmat dengan negara kita sendiri (menerusi polisi ini) jadi kita perlu menukar dasar kerajaan.

“Ini akan melibatkan perancangan dalam menstrukturkan semula cukai melibatkan industri-industri tertentu,” katanya dipetik Utusan Malaysia semasa sesi soal jawab selepas merasmikan pembukaan Pameran Technomart Rel 2019 di Cyberjaya.

Katanya lagi, banyak duit negara mengalir keluar kerana sikap rakyat yang memandang rendah pada pencapaian negara sendiri contohnya dalam pembuatan kereta nasional.

Justeru, Mahathir berharap agar rakyat Malaysia dapat mencontohi masyarakat Jepun yang cenderung membeli produk mereka sendiri.

“Jika anda memilih produk tempatan, lama-kelamaan kualiti produk tersebut akan bertambah baik.

“Jika anda tidak menggalakkan produk tempatan dan membeli barang import, tiada peluang bagi produk kita untuk sampai ke standard antarabangsa,” jelasnya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

aslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share