Presiden PKR Anwar Ibrahim diperkenan mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu pertemuan di Bandar Seri Begawan.

Pertemuan tersebut antara lain melibatkan perbincangan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Brunei.

“Baginda dan saya menyentuh usaha meningkatkan kerjasama dua negara sahabat, dan menyatakan keperluan memahami perkembangan terkini kedua-dua negara.

“Usaha dan upaya meningkatkan mutu pendidikan juga turut diketengah dan dibincangkan,” katanya dalam siri ciapan di Twitternya.

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sejam di Istana Nurul Iman, di ibu negara Brunei semalam.

Pada 5 Mac, Sultan Hassanal Bolkiah turut melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bawah rangka kerja Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei di Putrajaya.

Pertemuan itu berlaku ketika baginda melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Sebelum itu, kedua-duanya ada melahirkan rasa puas hati mereka terhadap kerjasama berterusan yang terjalin antara Petronas dan PetroleumBrunei. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

aslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share