Najib Razak keluar dari mahkamah selepas dibicarakan kes rasuah dan  pengubahan wang haram berkaitan SRC International anak syarikat 1MDB. – Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar mendedahkan lebih kurang 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta berlaku antara 24 Dis 2014 dan 13 Feb 2015 yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Azizul Adzani berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh pada hari ketiga perbicaraan Najib berhubung pengubahan wang haram dan rasuah yang dikaitkan dengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Azizul, 41, yang merupakan saksi kedua pendakwaan, memberi keterangan bahawa urus niaga melalui deposit dan pengeluaran itu ditunjukkan dalam dokumen bank yang diambil dari cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Azizul berkata dokumen bank yang memperincikan transaksi berkenaan diberikan kepadanya oleh pengurus cawangan, R Uma Devi.

Uma Devi atas keinginan sendiri, memberikan dokumen bank tambahan sebanyak RM40 juta, RM5 juta, RM27 juta, RM39.7 juta dan RM10 juta (antara lain).

Saksi itu berkata dia membuat laporan polis selepas menyelesaikan serbuan kerana ia merupakan prosedur standard untuk berbuat demikian selepas setiap serbuan.

Sebelum ini, Azizul Adzani memberi keterangan beliau memasukkan sebab kesalahan yang disyaki di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa) berdasarkan transaksi yang disenaraikan dalam dokumen yang disita di Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Suhaimi Ibrahim, pegawai penyiasat Bank Negara itu berkata sifat kesalahan yang disyaki dilihat dalam dokumen bank Najib, SRC International dan Gandingan Mentari yang dirampas membuatkan dirinya menyatakan kesalahan yang disyaki itu di bawah peruntukan Seksyen 4 (1) Amlatfa. –   Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share