Projek ECRL adalah cetusan idea Najib Razak. – Foto The Malay Mail

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar cadangan kerajaan PHmelibatkan China dalam urusan pengendalian Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Najib menegaskan, cadangan tersebut adalah tidak wajar kerana ianya melibatkan pengangkutan dalaman negara sedangkan rakyat Malaysia mempunyai kemampuan dan boleh mengendalikan seluruh sistem rail.

“Kita sebelum ini dalam proses untuk melatih para pekerja kita (mengendalikan ECRL).

“Rakyat Malaysia punyai kebolehan seperti Syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang telah diberikan kontrak oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengendalikan sistem Metro antara Minna ke Muzdalifah dan sebagainya.

“Ini juga melibatkan soal keselamatan sebab segala butiran dalaman negara akan diketahui pihak luar.

“Sebaiknya mereka jadikan China sebagai syarikat kontraktor atau melantik mereka untuk beri nasihat teknikal,” katanya dipetik Sinar Harian.

Najib berkata, untuk China mengendalikan 50 peratus pengurusan ECRL atau apa juga prasarana rakyat adalah tidak wajar sama sekali – namun menyambut baik keputusan kerajaan PH meneruskan projek kerajaan terdahulu di bawah pentadbirannya.

Najib berkata, kos yang dikurangkan kerana melibatkan pengurangan stesen selain memansuhkan pembinaan terowong yang merentasi banjaran Titiwangsa.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, dakwaan sebahagian dana projek digunakan untuk membayar hutang 1MDB adalah tidak benar.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share