Najib Razak dan Arul Kanda dituduh bersubahat meminda laporan audit berkaitan 1MDB bagi melindungi diri mereka dari tindakan. -Foto New Straits Times

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 15 hari bermula 18 November hingga 17 Januari 2020 untuk perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan selepas sebutan kali pertama kes itu di hadapannya.

Terdahulu Najib, 65, yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kanda, 43, yang diwakili Datuk N.Sivananthan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula secara berasingan terhadap mereka.

“Tarikh bicara ditetapkan 18 November hingga 29 November 2019 dan 13 Januari hingga 17 Januari 2020,” kata hakim Mohamed Zaini dan turut menetapkan 29 Ogos untuk pengurusan kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil antara 25 dan 30 saksi.

Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Najib dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan tersebut, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Januari 2019, Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama. – Bernama |- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

aslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share